FKKSA - Official Portal

FACULTY OF CHEMICAL & NATURAL RESOURCES ENGINEERING

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT FKKSA

 

pelancaran

Pelancaran Kempen Gaya Hidup Sihat - 22 Februari 2017

 

Kuantan – Disamping melaksanakan sistem pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (KKPP), Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) melangkah setapak lagi dalam memastikan staf dapat bekerja secara sihat dengan melancarkan “Kempen Gaya Hidup Sihat”.   Program yang dianjurkan oleh Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE), FKKSA dengan kerjasama Kelab Kebajikan FKKSA mensasarkan semua staf untuk sama-sama terlibat.

Antara program utama dalam kempen ini adalah “The Biggest Loser” yang menawarkan hadiah kepada peserta yang dapat mengurangkan peratus berat badan tertinggi dalam tempoh enam bulan.   Program ini telah bermula sewaktu pelancaran Kempen Gaya Hidup Sihat pada 22 Februari 2017 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan seramai 60 orang staf FKKSA menyertai aktiviti ini.

Program lain yang telah dijalankan adalah ujian kecergasan dan aktiviti mendaki Bukit Sulai. Bagi merancakkan kempen ini, pelbagai program telah dirancang sepanjang tahun 2017, antaranya aktiviti mendaki Bukit Pelindung dan Bukit Panorama. Ujian kecergasan juga dilakukan untuk menilai semula tahap kecergasan staf pada penghujung kempen ini. Pelbagai aktiviti sukan akan diaadakan setiap bulan bagi membantu staf mengamalkan gaya hidup sihat.

 

 

Fitness Test - 2 Feb 2017 

 Mendaki Bukit Sulai - 9 Feb 2017 
 Melalui kempen ini juga, staf diberi sedikit peruntukan untuk melakukan aktiviti sukan seperti futsal dan juga zumba.   FKKSA juga telah diwakili oleh enam orang staf dalam “Pahang International Marathon “ pada 12 Mac 2017 manakala seramai tiga orang staf menyertai “Women Run” yang diadakan pada 5 Mac 2017.

 Perlawanan futsal  - 10 Mac 2017 

Aktiviti  Zumba dijalankan secara mingguan

 Pahang International Marathon - 12 Mac 2017 

 Women Run - 5 Mac 2017 

Satu sesi penerangan gaya hidup sihat "Nutrisi dan Pengurusan Berat Badan" telah disampaikan oleh penceramah jemputan En Azlan bin Shamsudin, jurulatih Pengurusan Berat Badan Pahang bagi membantu staf dalam memahami cara yang betul untuk kekal sihat terutamanya dalam aspek pemakanan. 

Ceramah Pemakanan Sihat oleh Jurulatih En. Azlan Shamsudin dari program ‘MOH KURUS Kuantan’

Ceramah Pemakanan Sihat oleh Jurulatih En. Azlan Shamsudin dari program ‘MOH KURUS Kuantan’

FKKSA merasa bertuah kerana mendapat kerjasama daripada Pusat Kesihatan Universiti dan Pusat Sukan Universiti dalam menjayakan kempen ini. Dorongan yang diberikan oleh pihak pengurusan fakulti dan Kelab Kebajikan FKKSA banyak membantu melancarkan lagi kempen ini. Disamping melaksanakan aktiviti sihat, program seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dikalangan warga FKKSA.